Menu
Hadis Kedudukan Hadis di dalam IslamKedudukan hadis dalam Islam adalah sesuatu yang tidak dapat diragukan kerana terdapat penegasan yang banyak di dalam al-Quran tentang hadis – di dalam al-Quran disebut sebagai al Sunnah – malahan dalam banyak tempat hadis disebutkan selari dengan al-Kitab ataupun al-Quran. Di dalam al-Quran juga disebutkan dengan ketaatan terhadap Rasulullah SAW yang disebutkan bersama dengan ketaataan kepada Allah. Ini sebagaimana yang ditegaskan di dalam al-Quran di dalam firman Allah seperti ;
Maksudnya ; “Dan taatilah Allah dan Rasul-Nya, jika kamu ialah orang-orang yang beriman” (surah al-Anfāl : ayat 1)
Maksudnya ; “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain bagi urusan mereka” (surah al-Ahzāb : ayat 36)
Maksudnya ; “Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah” (surah al-Hasyr : ayat 7)
Dengan penegasan al-Quran di atas, jelaslah bahawa hadis tidak dapat dipisahkan penggunaannya di dalam segala hal yang berkaitan dengan Islam selari dengan al-Quran.
Sesetengah pengarang menyebutkan mengenai 5 fungsi hadis yang utama – dalam sesetengah buku cuma disebut 4 – iaitu ;
Dalam menentukan fungsi-fungsi bagi hadis ini, para ulama bersepakat dalam menentukan fungsi pertama dan kedua tetapi mereka masih berselisih dalam menentukan fungsi ketiga, keempat dan kelima. Menurut ulama Hanafiyyah, hadis-hadis Mutawatîr dan Masyhûr boleh menasakhkan hukum al Quran manakala Imam Syafie sendiri menolak penasakhan itu.
Di dalam bidang ibadat, hadis memainkan peranannya dalam menghuraikan maksud ayat-ayat al Quran mengenai pengsyariatan sesuatu bentuk ibadat dengan lebih jelas. Tambahan pula, hadis juga memperincikan lagi masalah-masalah yang berhubung dengan pelaksanaan sesuatu ibadat sama ada wajib, sunat, harus, makruh atau haram.
Dalam bidang hukum atau undang-undang, hadis memperincikan hukuman-hukuman dan undang-undang yang terdapat di dalam al-Quran seperti hukuman terhadap penzina. Hadis juga berbicara meliputi soal-soal yang berhubung dengan keadilan sosial, ekonomi dan politik. Hadis juga menerangkan mengenai hal-hal mengenai masalah-masalah perseorangan dan kekeluargaan seperti soal nikah, cerai dan talak. Begitu juga kita tidak menemui secara khusus tentang larangan al-Quran terhadap amalan rasuah dan menyorok barang dagangan dan perkara-perkara ini diterangkan di dalam hadis.
Mengenai ilmu pengetahuan pula, tidak sedikit ilmu yang boleh kita korek dari hadis bagaikan satu dasar yang tidak diketahui kedalamannya sama ada ilmu sejarah – sejarah penciptaan alam dan bangsa-bangsa terdahulu -, ilmu nasab, ilmu sosiologi, bahasa, sastera, budaya dan banyak lagi. Tambahan pula, hadis juga menggalakkan manusia agar berusaha menuntut ilmu dan memperbaiki diri. Manakala dalam soal pembentukan akhlak pula, maka sememangnya pengutusan Rasulullah SAW itu sendiri adalah untuk membentuk akhlak yang mulia.
Menu
Hadis Kedudukan Hadis di dalam IslamBerkaitan
Hadis Hadis Jibril Hadis Mutawatir Hadis Dha'if Hadis Hasan Hadis Sahih Hadis Ahad Hadis Maudhuk Hadishahr Hadis 40: Imam NawawiRujukan
WikiPedia: Hadis http://www.calltoislam.com/pdf/The%20Qur%E2%80%99a... http://hadis.feryco.com http://lidwa.com http://www.monthly-renaissance.com/DownloadContain... http://www.mostmerciful.com/Hadithbook-sectionone.... http://www.tolueislam.com/Parwez/mh/mh.htm http://www.tolueislam.com/Urdu/mhadith/mh.htm http://www.hadiths.eu http://www.tolueislam.org/Parwez/ICR/ICR.htm //www.worldcat.org/oclc/250265693